Kata Aluan Pengetua

Print
Category: Kata Aluan Pengetua
Published Date Written by Administrator

Kata Aluan Pengetua

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah setinggi-tingginya kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web sekolah dapat dibina pada tahun 2012 sebagai wadah santapan untuk warga SMK Bukit Selambau. Bersyukur saya kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya yang memberi peluang kepada saya menyampaikan kata alu-aluan dalam Portal SMK Bukit Selambau, 08010 Sungai Petani, Bukit Selambau, Kedah Darul Aman.

Pembinaan portal sekolah sememangnya sejajar dengan visi dan misi sekolah untuk mengangkat martabat sekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki budaya saintifik, teknologi dan celik ICT dalam kehidupan mereka. Saya amat yakin dan percaya bahawa melalui pembinaan portal ini, minat dan sikap yang positif terhadap ICT pelajar dan staf akan dapat disuburkan, di samping mengembangkan kemahiran dan pemikiran saintifik, serta berdaya fikir secara kritis dan kreatif.

Melalui program ini juga, pelajar dan staf sekolah berpeluang untuk berkarya dan mengiklankan pelbagai program/aktiviti sekolah serta pencapaian untuk dikongsi oleh masyarakat. Dengan cara ini, pelajar dan staf akan dapat mengaplikasikan kemahiran ICT yang mereka pelajari secara bijaksana melalui kegiatan-kegiatan yang sihat untuk kesejahteraan kehidupan diri, sekolah dan komuniti.

Selain daripada itu, pembinaan dan pengemaskiniaan portal sekolah juga dapat menyemai sikap dan nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar seperti; berani, sabar, rasa ingin tahu, rasional, menilai idea dan maklumat, membuat keputusan, sikap keterbukaan, kejujuran intelektual dan disiplin yang tinggi.

Saya berharap agar portal sekolah ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dalam mencungkil bakat dan potensi diri ke arah mencapai kecemerlangan dari segi minda, jasmani, rohani, dan emosi. Kepada semua guru, bimbingan dan asuhan yang tuan/puan berikan kepada pelajar-pelajar adalah teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan yang berkualiti.Semoga sekolah kita akan menjadi yang terbaik antara yang terbaik

Sekian, terima kasih.


( AZIZAH BINTI MOHAMED )

Tuesday the 19th. Custom text here
Copyright 2012

©