Logo Sekolah

Print
Category: Logo
Published Date Written by Administrator

Logo SMK Bukit Selambau

 

Warna dan Takrif

 

Hijau

Melambangkan kemakmuran iaitu pelajar-pelajar

untuk me­makmurkan diri, bangsa dan

tanah air tercinta.

 

 

Kuning

Melambangkan ketaatsetiaan pelajar-pelajar kepada peraturan sekolah, guru dan pemimpin serta undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

 

 

Putih

Melambangkan ketulusan dan keikhlasan pelajar-pelajar menimba ilmu yang diajar di sekolah dan mempraktikkannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

 

STRUKTUR / KOMPOSISI DAN TAKRIF

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau mempunyai lencana berbentuk PERISAI. Lencana ini diperkenalkan pada tahun 1984.

 

 

 

BUKU 

Melambangkan ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan seseorang dan ilmu itu perlu diterokai oleh setiap pelajar sepanjang hayat.

 

 

BUNGA PADI 

Melambangkan kesungguhan untuk berjaya dan pada masa yang sama pelajar-pelajar mempunyai sikap kasih sayang  yang cukup tinggi.

 

 

 

TIGA BULATAN BERCANTUM DI DALAM RODA

Melambangkan semangat kesukanan dan perpaduan muhibah dalam kalangan pelajar sekolah.

 

 

 

RODA

Melambangkan budaya kreatif dan inovatif dalam pendidikan diajar kepada pelajar-pelajar sekolah.

 

 

 

PUNCAK BUKIT

Melambangkan semangat yang tinggi dan jitu untuk meraih kejayaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday the 19th. Custom text here
Copyright 2012

©